Sunday 27 May 2012

G U R U

Guru. . Siapa itu Guru? Bolehkah anda ceritakan? Guru merupakan orang yang mendidik, mengajar dan memberi ilmu kepada kita agar kita sentiasa berjaya didunia mahupun diakhirat kelak, insyaallah. Jasa guru amat besar bagi kita semua. Tahukan anda semua? Guru, di Tadika, Taska, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, atau di Universiti sekalipun, tetap memberi ilmu. Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan. . Oleh itu, Ingatlah jasa yang mereka telah korbankan kepada kita. Guru juga merupakan Ibu dan Bapa kedua di sekolah kita. Hormatilah dan jgan kita ingkar arahan mereka. Guru sentiasa mendidik kita sehingga kita menjadi seorang yang berjaya. Contoh, Perdana Menteri, Angkasawan, Arkitek, Peguam, dll juga belajar dan memperoleh ilmu daripada guru. Dengan itu, hargailah guru anda sekarang dan jgan membenci mereka kerana mereka tidak akan pernah membenci kita, malah sentiasa memberi ilmu serta tidak kenal erti jemu. Ucapkanlah, Terima Kasih, Cikgu! dan Selamat Hari Guru. .

No comments:

Post a Comment